sape berani kacau aku mmg aku santau je beliau..padan muke!!! takot kan??
tak kosa la aku nk tambah dosa kering nk santau2 orang neh..takde pekdah pn..tapi ni la yg slalu terjadi dlm masyarakat kite skrg ni..percaye atau tak,dalam hidup serba moden ni pn still ade lg umat yg dok amalkan ilmu hitam dan mempraktikkan ajaran sesat..aku sendiri pn da lalui pengalaman ngeri disantau org..sebab nye jeles nk rebut pangkat..gilo sunggoh manusia zaman skrg..bkn FB je blh update gune enpon, santau pun da buleh nk dihantar gune Galaxy S11..salah teknologi ke slh org yg gune kn teknologi tu..lu pikir la sndri..
Biase nye org yg suke santau-menyantau ni mmg berhati kering..dorg sanggup je buat ape pn asalkan puas ati. ade yg smpai santau lawan dorg sampai org tu mmg 'zero'. zero bkn je dr segi financial, smpai kan ape je yg ade dkt2 dgn org tu akn hilang..dlm sekelip mate je sume yg dkt cabut lari..jgn kn kawan2, family pn buleh berkecik ati dgn perangai org yg disantau..sampaikan tiap2 hari yg dilalui org tu mcm satu dugaan yg da tak sanggup nk ditempuhi..ala2 'suda jatuh ditimpa tangga'..sampai mcm tu la perit nye..sampai last skali kalo org tu tak berubat mmg ade harapan org tu bunuh diri je sbb da tak tahan..da la mslh menimpa-nimpa, rezeki pn jd mcm mkin berat..bukan tak percaya kuasa ALLAH..tapi kite kene igt, benda jahat sekali pn blh jd klu diizin ALLAH.
--------------------------------------------------------------------------
Arkitel yg aku smpt bace dr sinar zamdurrani:
ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:
1. SIHIR PEMISAH
Takrif dan pengertiannya:
- Memutuskan hubungan anak dan ibu.
- Memutuskan hubungan anak dan ayah.
- Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
- Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
- Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
- Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda sihir pemisah:
- Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
- Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
- Enggan memohon maaf.
- Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
- Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
- Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.
Ilmu Hitam, Sihir, dan Mistik adalah bukan sesuatu yang menakutkan. Ia hanyalah sebahagian ilmu alam yang di gunakan oleh orang yang x berperikemanusiaan. ada yang menggunakannya untuk kebaikan dan kebanyakan untuk merosakkan orang lain.
a) Mengalami mimpi ngeri seperti melihat lembaga hitam, haiwan ganas dan liar serta terjatuh dari tempat yang tinggi dan lain2.
b)kesihatan terjejas secara tiba2 tanpa sebarang tanda fizikal seperti merasa lemas, tidak bermaya, sakit kepala yang teramat sangat dll.c) Sentiasa rasa takut, lemah semangat secara tiba2, sentiasa tidak tenteram tapi x tahu apa puncanya.
di atas antara ciri2 asas sebelum disihir. hal ini berlaku kerana, proses penyihir adalah dengan memasang niat kepada mangsa. lebih2 lagi jika penyihir mempunyai barang peribadi mangsa seperti gambar, rambut, kasut, baju dan sebagainya..maka sensasi di atas mungkin akan lebih cepat dan kuat.
Ni pulak doa pendinding yg boleh kite amalkan untuk mengelak santau:
Cara-cara:
Bacalah ayat ini 3 x sebelum keluar rumah, ketika masuk ke pejabat, ketika masuk ke dalam kereta, ketika hendak makan, ketika hendak minum, ketika hendak pegang tangkal, dsb. InsyaAllah akan terhindar dari mara bahaya.
Doa ini juga dikenali sebagai doa Khalid al-Walid sebab Rasulullah s.a.w. menyuruh beliau membaca doa ini apabila beliau mengadu masalahnya kepada baginda.
tapi ingat, JANGAN KORANG PANDAI-PANDAI PEGI BALAS BALIK SANTAU TU..BIAR ALLAH JE YG BALAS KAT DORANG..
No comments:
Post a Comment