Friday, August 19, 2011

mamak!kereta tarik kurang manis satuuu..

da lame ade tajuk tapi tak sempat nk karang entri nye..hmmm.cite ni sebenarnye bukan la pasal ketagih sgt nk minum teh tarik bulan posa..memang tak de kena mengena langsung. ni sebenar nye kes kete kene tarik sebab parking sesuka hati atok nenek sendiri..aku pun da mcm tak de ati sgt nk kenang kan cite ni..tapi memandangkan aku da letak tajuk ni dari kurun ke-8 sblm masihi,terpaksa jugak la aku cite kan kejadian tersebut.ni sume gara-gara si debab..ye la,nk anta debab pegi spital kena la ade surat beranak..
--------------------------------------------------------------
nk di pendek kan cite,aku pegi bank nk amik geran keta utk claim insurance..dalam kelam kabut tu aku pun parking la sesuka ati aku..terlupa pulak aku ni bawak keta pinjam je aritu..laju-laju aku pegi uruskan geran tu kt kaunter..tak sampai bape minit pun dorang da fax kan..lalala..nyanyi-nyanyi aku suke sambil jalan menuju ke parking.tetiba..HOH!!!ku pandang kiri,ku pandang kanan, dikau tiada..sudah..mana pulak keta aku,,errr,,mane pulak keta aku pinjam tu..abes aku usha sekeliling kot-kot keta tu main sorok-sorok dgn aku..aku tak jumpa..sah beliau telah diculik!lalu dalam kerisauan yg amat sgt aku pn bertanye kat apek yg ade kat situ kalau-kalau die nampak suspek utama kes ni. tanpa perasaan apek tu cakap "o, itu kereta itam sudah kena tarik la..lu pigi cari sana MPSJ punya garage la" GULPPPP..oh tidak!
maka bermula la episod kejar mengejar di bulan posa..terpaksa la kejar mane2 tow truck MPSJ yg berkeliaran lg kt blok tu..kalau tak kejar dorang ntah mane pulak aku nk cari keta tu..dekat setengah jam berkejar,akhir nye tumpas juga perancang utama kumpulan penculik tersebut.ya, dalang utama ialah seorang mamak..MAMAK, KERETA TARIK SATUUUU! da tu ape pulak yg kuang manis kn?sah la yg kurang manis tu muka aku..tak mampu la nk bg senyuman manis di kala tangan terpaksa menghulurkan RM utk byr kompaun tu..klu murah takpe jugak..ni lepas jugak la nk beli handbag raya..$$$
moral of the stori,len kali kalau nk cepat macam mane skali pun,jgn suka-suki je nk parking tempat yg tak sepatutnye..

Monday, August 15, 2011

Si Debab da Kurus..sambungan entri si precious

kompius..aku yang posa ke keta aku yang posa..tak pasal je si debab putih aku tu yg kurus di bulan Ramadhan ni..kesian beliau..tak, kesian aku la sebenarnye..sobsob.ni sume pasal Jln TAR..kecoh sgt nak beli baju raya kat situ mcm kedai lain kat Malaysia ni da tak jual baju raya..hamik ko..ntah ke nak balik raya pn da tak buleh..
-----------------------------------------------------------------------
remuk redam ati aku masa dgr si debab tu dilibas oleh ekor raksasa gorgon a.k.a bas rapidKL..durjana sungguh bas tersebut..tanpa perasaan die buat keta aku mcm mamee..renyuk dan goncang..aku ngan cik precious hanya mampu tgk dan nganga sambil tangan tekan hon tak henti-henti..nebes gile aku time tu..tp sempat lg aku tgk kaki especially lutut aku..nasib baik kaki aku tak tersepit..takot kalo ekor raksasa tu himpit smpai tembus ke dalam..uiks,tak dapat nak bayangkan kalo btl2 aku tersepit dlm kete..da la btl2 kene sebelah driver.tapi lg kesian kt cik precious..tak pasal die pun terlibat dalam ini gambar..time tu buleh tgk la bakat terpendam cik precious yg slalu cakap "mira belakon je la"..mmg mcm pelakon gerak khas la..ekekeh..ala-ala detektif conan pun ade..nasib baik la beliau cekap..smpat la beliau salin no plat bas tersebut sambil meng-investigate asal usul driver bas tersebut..untung jugak aku bawak bakal lawyer..
dalam syahdu dan bengang terpaksa pulak kejar raksasa yang bertindak ganas tu..aku musti menuntut keadilan terhadap kekejaman yg telah dilakukan ke atas debab!tak pasal pahala posa aku smlm jadi negatif sbb abes sume spesis maki hamun aku sembur kt driver tu..hangin giler bile beliau takde hati nk cakap sori..siap aku pulak yg dipersalahkan..time tu jugak la baru aku nmpk perubahan kt debab..ya,beliau da bertukar mnjadi GABAN bak kate pakcik pulis trafik tu..hebat btl transformasi debab..kagum aku.
pejalanan aku ngan cik precious tak abes kat situ..kitorang kene pegi cari balai trafik nk buat report..sekali lg sesat ke hujung dunia..terpusing-pusing smpai last skali aku nk kejar je keta polis..tp mcm bisae la..keta dorang laju,telan asap je la aku..nasib baik la mr.ref ade membantu..tenkiu ye..finally jumpe jugak balai tu..
da settle sume dlm pukul 5 baru kitorang gerak balik..drive mcm ank siput sebab GABAN bukan la sejenis transport yg sesuai bergerak kt atas jalan..da la takde side mirror..tayar pun koyak..nasib baik tak meletop tgh Federal tu..pandai pulak tayar tu budget,,ngam2 meletop ms smpai depan umah..terpaksa la si gumuks tukarkan tayar mlm td..kesian beliau nk tarik tayar yg da melekat tu..skru bengkok..
ape pun syukur sgt sbb aku ngan cik precious tak cedera..cuma pak pulisi tu je yg rase aku da senget..tapi aku yakin aku stabil lg..takde terhantuk kt mane2 pn..pasni aku nk siap2 pegi amk copy report aku kat balai..pastu kene bawak GABAN aku pegi workshop..nk transform blk ke bentuk asal cpt2 sbb kan da nk raya..GABAN mane sambut raya..
nah bace pulak entri cik precious

Bila Kekasih Sahabatku Curang..

Nauzubillah!!!!

entri yang aku sendiri pun tak tau patut tak aku tulis. sume ni ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak..harus ke aku kulum je..tak buleh,nanti batal posa aku..haih.
-----------------------------------------------------------------------
aku pun tak tau macam mana aku nak start. tak perlu la aku namakan siapa orang tersebut,,biar mereka dan keluarga mereka je la yg tau..cukup la kalo aku panggil beliau MISS DIA. MISS DIA yang aku kenal mmg sorg yg kuat cinta nya..sorg yg mmg setia..sanggup terima ape je kekurangan  pasangan nye.sampai aku sendiri kadang-kadang tertanya-tanya ape yg MISS DIA harapkan dari pasangan nye..MISS DIA ade semua, beliau cantik, beliau pandai, pendapatan beliau pn agak lumayan..pendek kate cukup la criteria untuk dijadikan calon bini dan cukup juga untuk melayak kan beliau mendapat seorang yg lebih baik untuk menjadi teman hidup nye.
Tapi aku simpati bila ape yg die dapat adalah sebalik nye..
setahu aku MISS DIA da nak naik pelamin dalam masa terdekat ni..tapi si jantung hati beliau masih lagi dgn perangai lame yg tak mungkin akan berubah..masih lagi mengusung awek-awek lain balik ke rumah..masih lagi tak puas enjoy dgn kehidupan barat. 
Harus ke aku bagitau MISS DIA sume ni..aku sendiri kompius ape yang terbaik patut aku lakukan sebagai sahabat kpda MISS DIA..hepikah beliau dapat berkahwin dgn si jantung hati atau mungkin membatalkan perkahwinan adalah makna sebenar kebahagiaan untuk MISS DIA..
Doa aku ape pun pilihan MISS DIA biarlah kebahagiaan mengiringi beliau..

Saturday, August 13, 2011

aktiviti tak bermoral di bulan mulia

bila da hampir setahun tak ku sentuh makhluk itu..
aku genggam erat,ku belai, ku rapatkan ke bibir ku..lalu ku bukak mulut seluas-luasnya..terasa mcm sedap sgt smpai kalo blh nk aje aku telan makhluk tu..nasib baik time tu juadah bukak posa ade lg tersisa dalam perut..
-----------------------------------------------
suda,,suda..hentikan pemikiran kotor korang tu..
aku bukan buat benda tak senonoh..aku karaoke je la..(agak tak senonoh jugak la melalak di bulan mulia ni..tapi yang penting yang wajib da ditunaikan).windu siot nk test power dgn budak-budak yang da patut dipanggil bapak budak tu..dari menyanyi sampai aku rasa da jadi melalak..pitching mmg lari..agak-agak kalo pegi audition Kilauan Emas pun harus kene reject dari awal lagi..especially yg nyanyi Lips of An Angle tu..sikit lagi je nk pancit..hehe..so moral of the story, lain kali jangan nak cari pasal bulan posa..kumpul dulu stamina.

p/s: kpd Mr.Manager, sowi la tak boleh nk upload video tu..sebagai ganti nah tgk video ni..lebih kurang je pun..


Friday, August 12, 2011

sePINK hati yang HITAM

pink kat mane aku pun tak tau..tp yg pasti lelaki mmg suke yg pink..nk pulak klu kat facebook letak name pinky. tak heran la klu baru kenal pun da blh jatuh cintan,,hanye sbb PINK. jgn tanye aku pink ape yg die kejar kan,,die je yg tau.suke ati beliau la..aku da tak kisah.yg penting aku nk tau kebenaran je.skrg bile da clear baru aku lega..ati aku pn da blh pink blk..ye ke ati kaler pink?suke ati aku la nk ckp ati aku kaler ape..igt kalo die tu nurse blh ke die senang2 je nk toreh dada aku ni nk tgk ati aku..kirim salam la weh!sabar norid,sabar.senyum balik sbb aku da tgk dgn mate kepala aku sendiri..takde la hebat mane pn..lemah lembik la kot nk compare ngan aku..cuma putih je la kot..nmpk sgt senheng,,beza mmg berbeza..lu pikir la sndri..kihkihkih..
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PATRIC da balik!
dahsyat kn aku blk je terus serang2 org..saje je tu..nk lps geram setelah sekian lame aku mengeram.GERAM pn da cukup nk ganti GARAM yg kurang dlm badan aku sempena bulan posa ni.same je fungsi dorg nk naik kn darah aku ni..makin membuak2 pulak.nasib baik la bulan Ramadhan..kene control sket amarah ni.klu bkn sbb bln mulia ni mau je aku tutttt kn dorg tu.aksi ala2 RUMI ngan JULI..nk muntah takot batal lak posa aku..tp memandangkn skrg da bkk pose meh aku muntah sket..bwuekkkk!
korang paham ke ape yg aku bebel kn dr td ni?kejap angguk,kejap geleng,,sah tak paham la tuh..
meh la aku bg intro sket..aku br je kantoi kn org..ops,silap!org tu yg kantoikan diri sendiri.ALLAH tu maha pengasih..dugaan ni aku terima sebagai KASIH SAYANG ALLAH kpda aku, hamba-Nya.tu je yg aku blh komen..mls da nk buang masa berkata-kata..bulan posa ni kene jimat air liur.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
syukur ALLAH masih sayangkan aku, DIA tunjukkan semua kebenaran,DIA tunjukkan aku kenyataan..memang SALAH aku,salah aku melupakan siapa yg berhak..salah aku hanyut dalam angan-angan..
syukur ALLAH masih sayangkan aku, DIA bukakan jalan untuk aku kembali kpda-Nya,DIA berikan aku peluang untuk mendapat selayaknya..
syukur ALLAH masih sayangkan aku,DIA pinjamkan aku kekuatan yg tak pernah aku miliki selama ini,kekuatan untuk aku tempuhi dugaan-Nya,kekuatan untuk aku melepasi ujian-Nya,kekuatan untuk aku meraih nikmat-Nya..
syukur ALLAH masih sayangkan aku,di saat aku ketandusan kasih sayang itu.............